3.0. Status Cadangan

3.0.1 KELULUSAN PERMOHONAN TANAH
Cadangan permohonan dari AJK Surau Al-Islamiah Taman Nirwana Fasa II, Ampang, Selangor telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3/2009 pada 16hb. Jun.2009 dan telah diluluskan. Rujuk lampiran surat kelulusan.


3.0.2 PERMOHONAN PERUNTUKAN PEMBANGUNAN
AJK Surau Al-Islamiah telah mengenal pasti anggaran kos pembangunan Masjid Berintegrasi ini berjumlah RM 13.8 juta secara keseluruhan. Anggaran kos disediakan oleh konsultan Jurukur Bahan bertauliah yang dilantik oleh AJK Surau Al-Islamiah. Kos yang dianggarkan boleh dipecahkan kepada fasa-fasa pembangunan dan dibangunkan secara berperingkat – peringkat. Rujuk para 5. untuk perincian anggaran kos pembangunan.


3.0.3 REKABENTUK CADANGAN
AJK Surau Al-Islamiah telah melantik konsultan perunding bagi mereka bentuk cadangan pembangunan dan konsep awal pembangunan telah disiapkan menurut konsep Masjid berintegrasi. Rujuk perkara 4.0. Cadangan Rekabentuk Pembangunan.