1.0. Pengenalan


lakaran 3 demensi masjid baru pelbagai kemudahan

Surau Al-Islamiah di Taman Nirwana Fasa II, Mukim Ampang, Selangor Darul Ehsan, telah dibina lebih 20 tahun oleh penduduk setempat. Tapak surau sediada telah diwartakan pada 8hb.Februari.2002 sebagai tapak surau di atas tanah milik kerajaan negeri Selangor seluas 0.5 ekar kepada Jabatan Agama Islam Selangor.


Dengan pembangunan persekitaran yang amat pesat, kadar pertumbuhan penduduk turut meningkat didalam tempoh tersebut memerlukan sebuah pusat ibadah yang lebih besar, selesa dan selari dengan imej persekitaran yang serba moden.


Ahli Jawatankuasa Surau Al-Islamiah telah mengambil initiatif memohon menaiktaraf surau sediada ada ke masjid dengan konsep berintegrasi dengan komponen sokongan dan telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada 16hb.Jun.2009 melalui mesyuarat jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 3/2009.