4.0. Cadangan Rekabentuk Bagunan

4.0.1 MASALAH MASJID SEDIADA
Kajian masalah masjid-masjid sediada adalah seperti berikut :-
  • Hanya digunakan sebagai tempat ibadah solat dan majlis keagamaan semata .
  • Suasana masjid tidak hidup oleh kerana hanya hanya digunakan pada waktu tertentu sahaja.
  • Kurang sumber ekonomi dan bergantung kepada kutipan jumaat, kerajaan negeri dan sumbangan orang ramai. Ini menyebabkan masjid tidak mampu memiliki pengurusan yang berkualiti di dalam melaksankan urusan keagamaan dan kemasyarakatan.
  • Masjid sebagai pusat dakwah gagal menarik masyarakat islam lebih-lebih lagi masyarakat bandar mendekatinya dan secara tidak langsung gagal mertarbiahkan masyarakat setempat akan kepentingan beragama secara bermsyarakat.
  • Rekabentuk masjid sediada lebih dikhususkan untuk tujuan ibadat semata-mata.
4.0.2 PENDEKATAN KONSEP PEMBANGUNAN
  • Mewujudkan “Masjid Hidup” – Hidup dalam ertikata ruang masjid berfungsi sepenuhnya untuk tujuaan keagamaan, ilmu dan interaksi sosial dan kemasyarakatan.
  • “Smart Planning”- didalam aspek perancangan ruang ,teknologi dan pengurusan sesuai dengan evolusi masa kini.
  • “Self-sustainable” – berkeupayaan untuk mempunyai pendapatan sendiri yang akan dimanafaatkan untuk masjid dan masyarakat setempat.
  • Imej Moden bagi menyesuaikan kedudukan masjid di kawasan perbandaran yang didiami oleh pelbagai kategori penduduk baik tempatan mahupun luar negara.
  • Perancangan bagi warga emas dan orang kurang upaya (OKU)
  • Aktiviti menarik warga islam mendekati masjid.
4.0.3 REKABENTUK
Rekabentuk Kompleks Masjid dibahagikan kepada 3 komponen utama iaitu:
  • Komponen 1 – Ibadah , Sosial & Kemasyarakatan.
  • Komponen 2 – Pendidikan Islam bagi membentuk ummah.
  • Komponen 3 – Penjanaan Pendapatan