Monday, April 30, 2012

Gambar Terkini Progress Pembinaan Masjid


Alhamdulillah, di dalam tahap pembinaan masjid kecil. Ianya dijadualkan untuk diguna pada bulan Ramadhan atau Raya Haji nanti. 

Sumbangan masih di alu-alukan, sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah berhubung terus kepada AJK . Kami amat mengalu-alukan sokongan dari pihak tuan-tuan dan puan-puan.

InsyaAllah, pembinaan website baru sedang diusahakan. 

Kami turut mengalu-alukan sokongan golongan muda dalam aktiviti masjid serta menjadi kumpulan sokongan buat kami. 

Program Pengurusan Jenazah akan diadakan, pihak kami mengalu-alukan sesiapa yang berminat boleh menghubungi kami terus.

Semoga Allah merahmati niat baik serta sumbangan dari pihak tuan dan puan.

Tuesday, June 29, 2010

Assalamualaikum



MASJID AL-MUSTAQIM , Taman Nirwana Fasa II, Ampang , Selangor D.E. telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dinaik taraf daripada Surau Al-Islamiah bertarikh 25 Rabi'ul Awwal 1432H (28hb.Februari.2011) dengan no. rujukan : JAIs.SEL.BPM/01/021(81) .

MASJID AL-MUSTAQIM adalah merupakan sebuah kompleks islam yang bukan sahaja mengandungi ruang solat, bilik jenazah, tapak qurban malah dilengkapi dengan komponen termasuk pusat pengajian kefahaman Al-Quran, Hotel Bajet Musafir, Kedai , Pejabat , Dataran Serbaguna serta kuaters pekerja.

MASJID AL-MUSTAQIM direka bagi mewujudkan suasana "masjid hidup" dengan penyediaan aktiviti lain yang dinyatakan. Adalah menjadi harapan AJK untuk menjadikan MASJID AL-MUSTAQIM sebagai pusat ibadah , pendidikan kepada kefahaman Al-Quran, dakwah dan penjanaan ekonomi jemaah islam setempat.

MASJID AL-MUSTAQIM pada asalnya dikenali sebagai SURAU AL-ISLAMIAH dengan keluasan tanah hanya 0.5 ekar. Hasil dari usaha bersama AJK pada 16hb.Jun.2009, kerajaan negeri Selangor telah meluluskan tapak tanah tambahan seluas 1.5 ekar untuk dinaik traf kepada masjid. Tapak masjid diwartakan secara rasmi pada 27hb.Mei.2010 oleh Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat.

MASJID AL-MUSTAQIM diberi kelulusan dengan menggunakan pembiayaan sendiri oleh JAIS. AJK sedang berusaha mencari dana bagi melaksanakan projek ini segera. Kos keseluruhan kompleks ini ada RM 15 juta dimana kos bangunan masjid adalah RM 6 juta manakala kos komponen lain adalah RM 9 juta. AJK telah bersetuju untuk memulakan pembinaan fasa 1 iaitu membina masjid tertutup yang dianggarkan RM 2 juta.

Imej Masjid tertutup bagi pembangunan FASA 1

Imej dalaman Masjid tertutup



SUMBANGAN DARI SEMUA JEMAAH ISLAM AMAT KAMI ALUKAN BAGI BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN USAHA MEMBINA RUMAH ALLAH.

" PERUMPAMAAN ORANG YANG MENGINFAKKAN HARTANYA DI JALAN ALLAH SEPERTI SEBUTIR BIJI YANG MENUMBUH TUJUH TANGKAI, PADA SETIAP TANGKAI ADA SERATUS BIJI. ALLAH MELIPAT GANDAKAN BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKI NYA DAN ALLAH MAHA LUAS MAHA MENGETAHUI ."                                                                               AL-BAQARAH : AYAT 261


" SESIAPA YANG MEMBINA SEBUAH MASJID KERANA ALLAH, WALAUPUN SEBESAR SANGKAR BURUNG ATAU LEBIH KECIL LAGI, ALLAH BINA BAGINYA SEBUAH MAHLIGAI DI SYURGA . "                              SAHIH MUSLIM 288-[671]

SUMBANGAN BOLEH DI SALURKAN MELALUI TUNAI, CEK ATAU DIBANKIN TERUS. NAMA BANK, AKAUN DAN NO. AKAUN TERTERA DAN WAKIL AJK MASJID YANG BOLEH DIHUBUNGI.


                                                         
Sila layari blogspot kami untuk maklumat terkini. Email: masjidnirwana@gmail.com

Tapak cadangan Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana Fasa II, Ampang Selangor D.E.


 Lokasi tapak cadangan Masjid Al-Mustaqim dari google map

KELAS KULIAH MAGHRIB

'MENJEJAKI JEJAK PARA AS-SALAF AS-SOLEH'
JOM JADI INSAN BERTAQWA

AJK MASJID AL-MUSTAQIM ( DAHULU DIKENALI SURAU AL-ISLAMIAH)
MENJEMPUT SEMUA MUSLIMIN / MUSLIMAH HADIR KULIAH ILMU.
MAKANAN DAN MINUMAN DISEDIAKAN PERCUMA.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan”. (Sahih Abu ad-Darda’ r.a)

Kuliah selepas maghrib sehingga isya' 

ISNIN: 
TAFSIR HADIS KITAB RIYADUS SOLIHIN
(Al-Hafiz Ustz.Mohd  Fadzil Kamaruddin)


RABU:
FIQAH (KITAB BAHRU AL-MADZI)
(Ustz Razak Mohamad)
Umm Al-Qura
minggu 3 dan 4




KHAMIS:
TAHSIN AL-QURAN (Bersama Tajwid)
(Al-Hafiz Dr.Sadeq Mabrok (Libya))
minggu 1 dan 3 ( muslimin sahaja)
BELAJAR BAHASA ARAB
(Al-Hafiz Dr.Sadeq Mabrok (Libya))



Sebarang pertanyaan hubungi Mohd Iqbal Firdaus- H/P : 012-3034205