KOMPONEN 1: IBADAH, SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN
- Menyediakan 3 ruang utama terdiri dari MASJID KECIL dan MASJID BESAR dan DATARAN SERBAGUNA.
- Masjid kecil boleh menampung kapasiti tidak lebih 350 jemaah.
- masjid besar 1,300 jemaah dan dataran serbaguna 800 jemaah.
- Jumlah keseluruhan jemaah 2,450 orang.
- Masjid kecil adalah tertutup keseluruhan dan lengkap sistem hawa dingin khusus digunakan pada setiap hari waktu solat. Saiz yang kecil adalah bagi menjimatkan kos operasi dan jumlah jemaah adalah memadai pada waktu solat harian. Bangunan ini hanya ketinggian 1 tingkat.
(gambaran perspektif masjid kecil)
- Masjid besar adalah tidak berdinding dan tidak berhawa dingin digunakan jemaah pada waktu solat jumaat atau bila kapasiti melebihi masjid kecil. Konsep “courtyard” memberi sistem pengudaraan semulajadi yang baik bagi masjid ini. Masjid setinggi 2 tingkat ini juga akan diguna atau disewakan untuk majlis keagamaan, keramaian , perkahwinan , seminar , kemasyarakatan setempat dengan ketinggian 2 tingkat dan dilengkapi dengan sistem lif.
(gambaran perspektif masjid kecil)
- Dataran serbaguna disediakan boleh menampung 800 jemaah tambahan. Sistem kanopi mudah tutup (retractable) dan lanskap terancang direka agar dataran ini juga boleh dipelbagai guna untuk tujuan lain termasuk majlis keramaian, perkahwinan , dan dataran makanan (food court).
KOMPONEN 2: PENYEBARAN ILMU BAGI PEMBANGUNAN UMMAH
- Komponen yang disediakan ini adalah merupakan sebuah Maahad Tahfiz. Konsep ini telah dipraktikkan di surau sediada dimana sebuah Maahad Tahfiz persendiriaan mengguna ruang surau untuk pengajian hafazan Al-Quran. Suasana surau hidup diwaktu siang dengan aktiviti hafazan Al-Quran. Mengwujudkan pusat Maahad tahfiz di dalam komplek masjid memudahkan pengurusan perlaksanaan Maahad tahfiz tersebut dimana ruang bangunan yang yang disediakan adalah untuk pentadbiran sekolah dan kelas pengajian matapelajaran lain sementara hafazan Al-quran akan menggunakan ruang masjid.
- Bangunan setinggi 5 tingkat ini akan disewakan kepada Maahad Tahfiz persendirian tersebut bagi melansungkan aktiviti hafazan Al-Quran di dalam komplek masjid. Aktivi ini penting bagi menghidupkan masjid yang terbatas dengan ibadah solat sahaja dan bagi membentuk generasi muda agar celik Al-Quran.
KEMUDAHAN SOKONGAN
- Kemudahan sokongan yang disediakan termasuk Bilik Mandi Mayat, Tapak Qurban, Anjung
- Makan, Dapur,Tandas, Ruang Wuduk , Bilik Imam, Setor, Rumah Imam & Bilal, Minaret , Ruang
- Letak Kereta dan koridor pejalan kaki.
- Perancangan rekabentuk telah mengambil kira keperluan warga emas dan OKU serta
- menggunakan sistem teknologi multimedia bagi kemudahan jemaah. Rebentuk masjid
- mengambil kira sistem akaustik bunyi bagi penjanaan sistem bunyi yang berkesan. Lanskap
- tumbuhan dan air digabungkan bagi menyejukkan persekitaran masjid.
- Rupa bentuk masjid menggunakan ciri moden dengan pendekatan menjadikan kos pembinaan
- lebih efisyen berbanding masjid yang menggunakan elemen senibina Timur Tengah. Konsep
- sujud menjadi “metaphor” rupa bentuk masjid sebagai simbol tunduk dan pengabdian diri
- kepada allah yang satu.
- Rekabentuk juga di dirancang bagi membolehkan kompleks masjid ini dibina secara
- berperingkat – peringkat bergantung kepada keupayaan kewangan.