Tuesday, June 29, 2010

Assalamualaikum



MASJID AL-MUSTAQIM , Taman Nirwana Fasa II, Ampang , Selangor D.E. telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dinaik taraf daripada Surau Al-Islamiah bertarikh 25 Rabi'ul Awwal 1432H (28hb.Februari.2011) dengan no. rujukan : JAIs.SEL.BPM/01/021(81) .

MASJID AL-MUSTAQIM adalah merupakan sebuah kompleks islam yang bukan sahaja mengandungi ruang solat, bilik jenazah, tapak qurban malah dilengkapi dengan komponen termasuk pusat pengajian kefahaman Al-Quran, Hotel Bajet Musafir, Kedai , Pejabat , Dataran Serbaguna serta kuaters pekerja.

MASJID AL-MUSTAQIM direka bagi mewujudkan suasana "masjid hidup" dengan penyediaan aktiviti lain yang dinyatakan. Adalah menjadi harapan AJK untuk menjadikan MASJID AL-MUSTAQIM sebagai pusat ibadah , pendidikan kepada kefahaman Al-Quran, dakwah dan penjanaan ekonomi jemaah islam setempat.

MASJID AL-MUSTAQIM pada asalnya dikenali sebagai SURAU AL-ISLAMIAH dengan keluasan tanah hanya 0.5 ekar. Hasil dari usaha bersama AJK pada 16hb.Jun.2009, kerajaan negeri Selangor telah meluluskan tapak tanah tambahan seluas 1.5 ekar untuk dinaik traf kepada masjid. Tapak masjid diwartakan secara rasmi pada 27hb.Mei.2010 oleh Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat.

MASJID AL-MUSTAQIM diberi kelulusan dengan menggunakan pembiayaan sendiri oleh JAIS. AJK sedang berusaha mencari dana bagi melaksanakan projek ini segera. Kos keseluruhan kompleks ini ada RM 15 juta dimana kos bangunan masjid adalah RM 6 juta manakala kos komponen lain adalah RM 9 juta. AJK telah bersetuju untuk memulakan pembinaan fasa 1 iaitu membina masjid tertutup yang dianggarkan RM 2 juta.

Imej Masjid tertutup bagi pembangunan FASA 1

Imej dalaman Masjid tertutup



SUMBANGAN DARI SEMUA JEMAAH ISLAM AMAT KAMI ALUKAN BAGI BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN USAHA MEMBINA RUMAH ALLAH.

" PERUMPAMAAN ORANG YANG MENGINFAKKAN HARTANYA DI JALAN ALLAH SEPERTI SEBUTIR BIJI YANG MENUMBUH TUJUH TANGKAI, PADA SETIAP TANGKAI ADA SERATUS BIJI. ALLAH MELIPAT GANDAKAN BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKI NYA DAN ALLAH MAHA LUAS MAHA MENGETAHUI ."                                                                               AL-BAQARAH : AYAT 261


" SESIAPA YANG MEMBINA SEBUAH MASJID KERANA ALLAH, WALAUPUN SEBESAR SANGKAR BURUNG ATAU LEBIH KECIL LAGI, ALLAH BINA BAGINYA SEBUAH MAHLIGAI DI SYURGA . "                              SAHIH MUSLIM 288-[671]

SUMBANGAN BOLEH DI SALURKAN MELALUI TUNAI, CEK ATAU DIBANKIN TERUS. NAMA BANK, AKAUN DAN NO. AKAUN TERTERA DAN WAKIL AJK MASJID YANG BOLEH DIHUBUNGI.


                                                         
Sila layari blogspot kami untuk maklumat terkini. Email: masjidnirwana@gmail.com

Tapak cadangan Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana Fasa II, Ampang Selangor D.E.


 Lokasi tapak cadangan Masjid Al-Mustaqim dari google map